Soalan yang biasa ditanya dari pelanggan


Soalan
Adakah kolostrum lembu sesuai untuk bayi yang baru lahir ?Jawapan
Kolostrum boleh membantu bayi untuk membesar dengan pelbagai cara seperti meningkatkan daya penumpuan dan daya ingatan.  Seringkali kanak-kanak yang kurang mengambil kolostrum dijangkiti demam selsema atau penyakit lain yang dipindahkan melalui teman mereka di sekolah.

Soalan
Apa itu Kolostrum ?Jawapan
Kolostrum yang dikenali sebagai “Makanan Utama Semulajadi (yang dikurniakan Allah)” membekalkan bahan imunisasi, tumbesaran dan kombinasi bahan mineral yang penting untuk memastikan tahap kesihatan dan kecergasan tubuh badan.  Kolostrum merupakan bahan yang unik dan mengandungi makanan lengkap seperti pelbagai jenis imunoglobulin, antibodi dan bahan imunisasai tambahan seperti laktoferin, interfron prolene peptida.  Bahan-bahan ni diperlukan oleh tubuh badan untuk menghindari daripada infeksi kuman dan memulihkan kembali fungsi imunisasi badan.

Kolostrum telah terbukti mampu memusnahkan virus, bakteria, kulat dan parasit didalam perut dan usus. Tahukah anda, penyakit yang dihidapi setiap manusia adalah berpunca daripada diri sendiri yakni USUS. Berpunca dari cara pengambilan makanan dan cara memanfaatkan tenaga yang terhasil dari pemakanan itu sendiri. Hampir 80% punca jangkitan adalah bermula dari sistem pencernaan. Jadi,kunci kepada faktor pencegahan untuk kesihatan yang baik seharusnya bermula dari perut dan usus iaitu dengan mengambil kolostrum setiap hari.


Soalan
Apa pula Alpha Lipid Lifeline?

Jawapan
Alpha Lipid merupakan pemakanan kesihatan yang paling seimbang, sempurna dan berkhasiat. Ia merupakan susu awal lembu atau lebih dikenali sebagai kolostrum. Kolostrum adalah susu awal mamalia yg dihasilkan pada peringkat awal ibu-ibu melahirkan anak (Manusia/Haiwan). Iaitu dalam jangkamasa 72 jam pertama selepas melahirkan. Ianya kaya dengan antibodi semulajadi merupakan sumber makanan yg paling berkhasiat kerana mengandungi semua jenis vitamin dan garam mineral yangg diperlukan tubuh. Ia adalah Pemakanan Semulajadi yang Selamat Sesuai untuk Semua Peringkat Umur.


Soalan
Apa yang terkandung di dalam Alpha LipidJawapan
Vitamin di dalam Kolostrum Alpha Lipid

Vitamin A – Untuk kesihatan mata.

Vitamin B12 – Menambah darah, sesuai untuk perempuan mengandung.

Vitamin B6 – Untuk urat saraf, kebas kaki tangan.

Vitamin B1 – Membantu fungsi-fungsi B12 dan B6 jadi lebih hebat.

Vitamin B2 – Membantu fungsi-fungsi B12 dan B6 jadi lebih hebat.

Vitamin B3 – Membantu fungsi-fungsi B12 dan B6 jadi lebih hebat.

Vitamin C – Untuk kesihatan kulit, sesuai untuk mereka yang punyai masalah kulit.

Vitamin D – Penyerapan calcium lebih banyak, tanpa Vitamin D calcium yang dimakan akan keluar sebagai najis.

Vitamin E – Antioksidan yang penting dalam pencegahan kanser dan penyakit kardiovaskular. Ia memperbaiki peredaran darah, yang mana perlu untuk memperbaiki tisu. Ia memelihara pembekuan darah yang normal dan penyembuhan, mengurangkan parut.

Bahan Mineral

Folic Acid – Pembentukan darah (merah) baru.

Magnesium – Membantu fungsi saraf dan merehatkan otot, termasuk mengatur degupan jantung agar tetap normal. Dapat kurangkan tekanan.

Iron – Berperanan penting dalam fungsi normal imuniti. Kekurangan iron akan menyebabkan badan kita mudah mendapat jangkitan.

Sodium – Membantu menormalkan tekanan darah dan fungsi normal otot dan urat saraf.

Kalsium – Kurangkan osteoporosis (Tulang kurang padat) yang bermula pada umur 35 tahun. Termasuk perempuan yang putus haid “monopous” akan mengalami osteoporosis. Dapat kurangkan tekanan.

Potassium – Berfungsi bersama sodium, meningkatkan pertumbuhan sel dan otot.

Kandungan Total Immunoglobulin

IgA : Juga dikenali sebagai mukos antibodi, mencegah serangan kuman bakteria daripada melekat pada dinding organ. Juga membantu menghasilkan protein yang mencukupi untuk badan manusia.

IgM : Antibodi ini dihasilkan oleh sel-B & dijumpai pada tulang, usus makan, paru-paru & kelenjar limpa. Ianya dapat mengaktifkan penghasilan sel darah merah, membekalkan oksigen serta mempercepatkan proses meneutralisasi sebarang racun kuman bakteria yang dijumpai dalam badan manusia.

IgE : Fungsi sebagai bahan peroksida, melindungi sel-sel membran, menghalang sebarang tumbesaran sel penyakit, menguatkan tulang, sistem saraf & bahagian otak manusia.

IgG : Merupakan komposisi tertinggi dalam antibodi, mengaktifkan sel darah putih untuk menentang serangan kuman bakteria, terutama E-coli, kuman bakteria yang kerap dijumpai dalam usus pesakit.

IgD : Membekalkan haba, membantu penyerapan kalsium & pengagihan kalsium pada tulang.

IgFI & IgFII : IgF merangsang pertumbuhan kulit baru. Mengekalkan ketegangan kulit dan melawan fungus, bacteria, virus dan pathogen.

Bahan Tambahan

Complex Lipid (Dipatent – Unik) ~ Mengikut kajian tanpa Complex Lipid, penyerapan kolostrum yang diambil hanya sebanyak 20% sahaja, manakala 80% lagi akan dikeluarkan. Dengannya 80% akan diserap dan hanya 20% akan dikumuhkan.

Probiotix ~ Khasiat probiotix adalah seperti yang terdapat di dalam Yakult.

Prebiotix ~ Pemangkin kepada probiotix.


Soalan
Apakah perbezaan Kolostrum dengan susu yang ada di pasaran ?Jawapan
Kolostrum bukan sahaja mengandungi semua ramuan yang terkandung di dalam susu biasa malahan mengandungi bahan penggalak tumbesaran dan pertahanan dari penyakit digelar faktor pengembangan, imun dan innunoglobin.  Bahan tersebut juga terkandung di dalam susu tetapi dalam kuantiti yang kecil.  Kolostrum mempunyai kandungan protiein, vitamin bahan mineral dan kurang kandungan laktos (gula)

Soalan
Bagaimana kolostrum menghasilkan agen anti-penuaan ?Jawapan
Kolostrum memberi tindakbalas dengan menggunakan bahan-bahan semula jadi di dalam badan dan meningkatkan kesihatan.  Apabila usia telah matang, tubuh badan mula kurang mengeluarkan hormon perkembangan.  Hormon ini amat penting bagi penghasilan sel dan tisu badan.  Kajian menunjukkan, ketika seseorang berumur 80 tahun, hampir tiada hormon ini dikeluarkan oleh tubuh badan.Oleh kerana kurang sel dan tisu baru dijana oleh tubuh, maka kulit badan mengedut dan tubuh badan kelihatan tidak bermaya menunjukkan proses penuaan berlaku.  Kolostrum yang menenyediakan hormon perkembangan menjana semula pada tahap yang sesuai bagi memungkin kadar penuaan ini berkurang.

Soalan
Harga sebuah kesihatan dengan Kolostrum Alpha LipidJawapan
Harga satu tin (450g) Alpha Lipid LifeLine ini hanyalah RM180 sahaja. Hanya 1 skop penuh sehari diperlukan untuk khasiat yang berbagai demi kesihatan tubuh kita dan keluarga, ia merupakan minuman kesihatan yang paling lengkap dan paling murah di pasaran. Kos per gram kolostrum alpha lipid adalah sebanyak RM0.40

Adalah dianggarkan 1 skop (diberikan bagi setiap tin yang dibeli) mempunyai berat sebanyak 10 gram dan 1 tin kebiasaannya akan habis dalam 45 hari.  Oleh itu kos yang ditanggung untuk mengambil kolostrum alpha lipid adalah sebanyak RM4.00 sehari.


Soalan
Bolehkah kolostrum diambil bersama bahan tambahan kesihatan serta bahan ubatan lain ?Jawapan
Kolostrum sebenarnya membantu tubuh badan dan berfungsi mengawal kadar penyerapan badan.  Ia membantu melegakan sitem penghadaman sehingga bahan-bahan tambahan seperti herba, makanan dan lain-lain boleh dicerna dengan baik oleh sistem badab.  Walaupon kolostrum tidak mempunyai interaksi dengan dadah, namun kesan ubat-ubatan tersebut akan menjadi lebih baik.

Soalan
Bagaimana cara Penyediaan, Pesanan dan Proses PemulihanJawapan
CARA PENYEDIAAN

Minggu Pertama                           :             1/2 skop sehari
Minggu kedua dan  Seterusnya      :             1 1/2  hingga 2 skup sehari
Diambil sebelum sarapan pagi ketika perut kosong.

1 1/2 skop penuh + 150ml air sejuk.
Masukkan air sejuk dahulu, baru masukkan Alpha Lipid dan digoncangkan hingga sekata

PESANAN :

Sila gunakan gunakan air sejuk atau air mineral. Penggunaan air panas boleh menyebabkan unsur protein ternyahasli dan mikrorganism di dalam mati dan tidak berfungsi dengan kata lain, air panas akan merosakkan Kandungan Susu. Sesuai diambil oleh semua peringkat umur termasuk ibu mengandung dan bayi.

PROSES PEMULIHAN

Kolostrum Alphalipid  merupakan makanan tambahan bukan toksik, bukan alergik dan tidak bertindakbalas dengan makanan tambahan serta dadah lain. Walau bagaimanapun  sesetengah orang akan mengalami beberapa reaksi atau tindakbalas yang positif  semasa proses pemulihan seperti:

  1. Mengantuk dan keletihan – Proses penggantian  tisu-tisu badan yang disebabkan penyakit.
  2. Berpeluh , demam dan sakit kepala. – Proses peningkatan kadar metabolisme dan tenah dalam badan akibat daripada permbuangan toksik  melalui saluran perkumuhan.
  3. Gatal, kerap buang air kecil atau besar. – Proses penyingkiran bahan buangan yang lama terkumpul seperti metabolit, logam berat an lain-lain bahan yang tidak diperlukan oleh badan.
  4. Sakit perut, sakit otot, loya dan denyutan jantung yang laju.- Proses penyembuhan , pembaharuan dan penyimpanan sel-sel baru.

Soalan
Mengapa Kolostrum ?Jawapan
Kolostrum hanya boleh diperolehi daripada ibu-ibu dan haiwan mamalia yang baru melahirkan anak.  Bahan ini boleh didapati dalam formasi susu.  Ia kaya dengan bahan imunisasi dan tumbesaran terutama bagi bayi yang baru lahir.  Dunia baru sahaja menemukan bahan kesihatan umum yang mempunyai potensi terapi atau penyembuhan yang ada pada lembu.
Soalan
Manusia diserang PenyakitJawapan
Anda secara umumnya terdedah kepada jutaan serangan mikrob seperti virus, bakteria, yis, parasit yang sentiasa mencari peluang untuk berkembang biak dan menguasai badan anda. Satu-satunya cara untuk membendungnya hanyalah dengan memperkasakan sistem imun anda iaitu melalui pengambilan kolostrum.Kolostrum terbukti sebagai ‘Penyembuh Semulajadi yang Ajaib’ mengikut doktor perubatan terkemuka – Donald Henderson. Penyelidikan Perubatan membuktikan bahawa kolostrum adalah nutrien pelengkap yang dapat membantu dalam penyembuhan dan pencegahan sesuatu penyakit.

Soalan
Perbezaan diantara Alpha Lipid dan Susu LainJawapan
Ramai yang bertanyakan soalan ini, yang jelasnya Susu IgG tidak kira dari syarikat manapun, merupakan  susu yang baik dan ia mampu membantu meningkatkan antibodi dan kesihatan diri. Mungkin anda sendiri   pernah rasa kehebatan susu IgG. Fakta yang anda tidak tahu kandungan IgG didalam susu IgG mereka hanya dalam kadar 10%   hingga 12% sahaja. Dan oleh kerana susu IgG mereka tidak disaluti dengan Complex Lipid (Patented)    maka  penyerapan khasiat kedalam tubuh hanya 20% dan selebihnya 80% akan dikeluarkan dalam proses perkumuhan. Alpha Lipid pula mengandungi 41% kandungan IgG dan ia merupakan gred 10 (gred yang terbaik didunia),   oleh kerana ia disaluti Complex Lipid maka penyerapan khasiat ke dalam tubuh adalah 80% dan selebihnya  20% akan dikeluarkan dalam proses perkumuhan. Maka disini dapat kita lihat Alpha Lipid adalah lebih nilai untuk wang kita.

Leave a Reply & Like This Post