DIET RENDAH KARBOHIDRAT BUKAN DIET BERPROTEIN TINGGI


Adakah Memakan Banyak Daging, Butter dan Cheese Semasa Berdiet SDII Akan Meninggikan Kolesterol?

 

INFO SIHAT:

Sebenarnya, apa yang berlaku adalah disebaliknya. Kebanyakan orang yang mengambil pemakanan rendah karbohidrat telah mengalami keadaan LDL yang menurun, yaitu kolesterol jahat yang menyebabkan pengumpulan plaque pada salur darah dan juga penambahan HDL, yaitu kolesterol baik yang diperlukan untuk melindungi jantung kita.

Dan kebanyakan orang yang melakukan diet rendah karbohidrat akan menghadapi penurunan kandungan triglycerides (sejenis lemak didalam darah) yang cepat. Jika kita menjalani diet rendah lemak atau low fat sahaja (selalunya masih mengambil karbohidrat yang tinggi) maka ini tidak sangat membantu kerana kandungan triglycerides akan meningkat dan HDL akan menurun dan ini adalah berlawanan dari apa yang kita perlukan.

Banyak kajian telah menunjukkan bahawa apabila kita mengalami keadaan triglycerides yang tinggi dan HDL yang rendah adalah petunjuk yang pasti yang kita akan menghadapi penyakit jantung dan stroke. Kajian juga telah menunjukkan diet rendah karbohidrat boleh mengurangkan risiko penyakit jantung.

Diet Rendah Karbohidrat Mengurangkan Kolesterol Jahat Dan Risiko Penyakit Jantung

Inilah cara diet SD2 yg betul.

 

Adakah SDII program diet yang berprotien tinggi dan ia akan menyebabkan sakit buah pinggang dan masalah liver?

Satu lagi soalan yang sangat popular yang saya selalu ditanya adalah apabila orang ramai mengatakan bahawa cara diet yang memakan rendah karbohidrat ini adalah tidak sihat kerana ia akan merosakkan hati dan buah pinggang. Kadangkala soalan ini datang dari mereka yang terlibat didalam industri kesihatan itu sendiri.

Saya sangat tertarik kerana apabila mereka bertanya soalan seperti ini akan tetapi kenapa pula mereka tidak bertanya budaya cara memakan karbohidrat berlebihan selama bertahun-tahun itu adakah satu cara pemakanan yang sihat atau tidak ? Adakah mereka faham bahawa kerana terlampau memakan karbohidrat berlebihan selama bertahun-tahun itu menyebabkan gula berlebihan didalam darah mereka serta badan sentiasa mengumpulkan lemak yang mengakibatkan risiko penyakit kronik seperti kencing manis, darah tinggi dan stroke ? Adakah cara memakan karbohidrat berlebihan itu lebih baik dari cara kita berdiet untuk mengurangkan memakan karbohidrat buat sementara waktu fasa berdiet sahaja ? Jika anda faham permasalahan ini dengan betul maka anda senyum sahajalah kepada doktor anda yang tidak faham itu.

Perkara pertama yang perlu kita faham bahawa cara program diet SD2 bukanlah cara pemakanan berprotien tinggi tetapi terma yang lebih tepat adalah pemakanan yang rendah karbohidrat. Kedua-dua ini mempunyai makna yang jauh berbeza. Kita kena faham bahawa kita mengurangkan pemakanan berkarbohidrat berlebihan ini hanyalah dalam waktu tempoh yang singkat dalam fasa berdiet sahaja. Namun begitu kita masih mengambil karbohidrat sehingga had yang dibolehkan, memakan protien secukupnya seperti yang disarankan pakar pemakanan, memakan sayuran, memakan asid lemak yang baik serta meminum air yang cukup. Apabila kita sudah mendapat berat yang kita idamkan maka kita boleh merubah kembali cara pemakanan yang mengambil lebih sedikit karbohidrat tetapi tidak lagi kembali pada cara pemakanan yang lama dengan mengambil karbohidrat secara berlebihan. Pada tahap ini anda kena faham bagaimana cara pemakanan fasa mengekalkan berat badan.

Perkara yang kedua yang perlu kita faham bahawa cara pemakanan diet SD2 ini bukanlah apa yang mereka katakan memakan makanan protien yang tinggi. Yang paling tepat adalah kita memakan makanan yang rendah karbohidrat tetapi protien yang kita ambil tidaklah berlebihan. Adakah anda tahu bahawa seorang lelaki yang berumur 25 tahun keatas perlu memakan sekurang-kurangnya 63 gram protien sehari dan perempuan yang berumur 25 tahun keatas perlu memakan 50 gram protien sehari sebagai keperluan protien yang cukup untuk kehidupan harian. Source: Food and Nutrition Board, National Research Council, National Academy of Sciences, 10th ed 1989, National Academy. Press: Washington, DC. Apabila kita memakan SD2 sebanyak 2 skup 4 kali sehari maka kita mengambil lebihkurang 41.2 gram protien sehari. Yang selebihnya protien dari makanan dan ini tidaklah berlebihan juga. Adakah ini yang dikatakan cara makanan berprotien tinggi ? Anda boleh beri senyuman yang kedua kepada doktor anda tadi.

Setakat ini , masih tidak ada kajian yang kukuh menunjukkan bahawa cara pemakanan sebegini mendatangkan masalah kepada buah pinggang dan liver kepada orang-orang yang sihat. Beberapa kajian yang telah saya jumpa yang telah dibuat oleh Atkins menyatakan bahawa tidak ada sebarang kesan yang tidak baik berlaku kepada mereka-mereka yang terlibat didalam kajian pemakanan terkawal rendah karbohidrat samada jangka pendek atau tempoh jangka panjang.

Namun begitu, individu yang telah memang mengalami masalah buah pinggang yang teruk dan terpaksa mengawal setiap pemakanan mereka termasuk juga mengawal meminum air, maka cara diet sebegini memanglah tidak sesuai untuk mereka. Sekiranya anda sakit, maka langkah yang baik adalah pulihkan sakit anda dahulu kemudian barulah berdiet. Ambillah kolostrum Alphalipid atau herba Cordyceps jika anda ingin membaikpulih atau menguatkan buah pinggang anda. Sekiranya anda mempunyai masalah “sluggish atau heaty” liver maka cubalah herba Dandelion dan ambillah herba Milk Thistle jika anda ada masalah “toxic” liver sebagai sumplement tambahan.

By : Kamarul Nordin

Leave a Reply & Like This Post

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s